fbpx
Now Reading
Nak Beli Jiwa Tak Perlu Modal, Cerita Lelaki Ini Bikin Sebak Namun Celikkan Mata Para Suami dan Ayah

Nak Beli Jiwa Tak Perlu Modal, Cerita Lelaki Ini Bikin Sebak Namun Celikkan Mata Para Suami dan Ayah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/mohdhairie.bakri/posts/2351327748286338

Tak perlu disangkal lagi, kajian demi kajian menunjukkan kos sara hidup untuk keluarga di negara kita semakin lama semakin tinggi jika dibandingkan dengan jumlah pendapatan  yang diterima seisi rumah.

Malah ketidaktentuan ekonomi dunia juga menyebabkan keadaan mereka yang tergolong dalam kumpulan M40 dan B40 semakin goyah. Jika anda mampu menyimpan walau pun sedikit dari bahagian gaji bulanan anda, tahniah kami ucapkan. Namun bagaimana pula nasib  mereka yang hanya cukup-cukup makan ?

Dengan keadaan kewangan sedemikian mampukah mereka untuk meneruskan kehidupan ? Apatah lagi untuk berhibur? Pasti keadaan sedemikian membuatkan ramai orang terlupa atau terlepas pandang mengenai keluarga mereka. Satu perkara yang sepatutnya tidak berlaku !

Perkongsian dari seorang lelaki, Mohd Hairie Bakri di Facebooknya yang tular dari Jumaat lalu mengundang rasa sayu ramai orang, namun ianya juga boleh dijadikan inspirasi untuk para ayah dan suami. 

Walaupun hanya berbaki RM 20 didalam saku, Hairie sanggup membawa anak dan isterinya berjalan-jalan sambil makan angin di sebuah pusat beli-belah di Batu Pahat, Johor.

“Hanya berbekal RM20 bawa anak isteri pusing mall. Nampak macam gempak sebenarnya tengah tahan sebak. Sepanjang jalan perhati je gerak isteri, sesekali dia tenung kedai pakaian.

“Dah rasa cuak, kalau datang angin dia nak, mana nak cekau duit? Tapi dia tak masuk hanya perhati dari luar. Maafkan suamimu, bukan tak mampu nak beli tapi ada perkara yang perlu diutamakan. Bila semuanya dah selesai InsyaAllah saya bagi apa yang dia idamkan” turutnya lagi.

Hairi, yang bekerja sebagai seorang pemandu lori itu ketika dihubungi Mstar turut menerangkan tujuan dia memuat naik cerita berkenaan bukanlah mengenai masalah wang sebaliknya lebih kepada cara nya untuk menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga.

Dia turut mempunyai wang simpanan namun semua nya untuk kegunaan benda lain .

“Saya sebenarnya nak cerita pasal beli jiwa. Nak beli jiwa tak perlu modal. Nak kongsi sebab ada orang mengeluh tak ada duit. Tapi duit bukan masalah.

“ Masa dengan keluarga yang jadi keutamaan. Beri  perhatian dan masa untuk bersama . Bukanlah langsung tak ada simpanan masa hari tu , cuma ada duit tunai RM20 sahaja. Simpanan ada tapi untuk keutamaan lain” ujarnya lagi.

Jadi bagi semua ketua keluarga di luar sana. Adakah mampu untuk anda lakukan sama seperti saudara Hairie? Mampu kah anda membeli jiwa keluarga dan anak-anak anda ? Tepuk dada tanya selera.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.