fbpx
Now Reading
Pasangan Ini Dulu Berkenalan Di Kelab Malam Mengejar Duniawi, Kini Bersama Mengejar Ukhrawi

Pasangan Ini Dulu Berkenalan Di Kelab Malam Mengejar Duniawi, Kini Bersama Mengejar Ukhrawi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Benar kata orang, ‘Hidayah Itu Milik Allah’.

Jangan nilai seseorang dari masa silamnya, tapi nilailah kini di mana tempatnya. Perkongsian seorang pengguna Twitter, Ninie mengenai kisah perkenalannya bersama suami dan perubahan terbaharu mereka membuktikan kebenaran kata-kata tersebut.

Nini atau atau nama sebenarnya Murni Hidayah dan suami, Muhammad Azmi berkenalan di sebuah kelab hiburan di ibu negara pada pertengahan tahun 2018, mereka lalu serius bercinta sebelum kedua-duanya sepakat membuat keputusan untuk berkahwin pada awal tahun ini.

Namun apa yang membezakan ‘mereka yang dahulu’ dengan ‘mereka yang kini’ bukan setakat status perhubungan sahaja, malah cara kehidupan.  

Perkenalan dan percintaan yang asalnya berputik di kelab hiburan berubah dengan penghijrahan secara total di mana mereka kini tidak lagi menjejakkan kaki tempat berkenaan sebaliknya kesempatan yang ada dihabiskan dengan mempelajari al-Quran.

Kisah ini dikongsikan Ninie sebagai ciapan balas pada sebuah muah naik yang dilakukan seorang pengguna Twitter.

“Saya kenal suami saya di Trec (kelab malam), kini dua dua ke kelas mengaji setiap minggu. Tiada lagi kelab malam,” ciap Nini.

Kalau dulu sibuk mengejar nikmat duniawi, kini mereka berusaha mengejar kebahagian  ukhrawi.

Keadaan berubah apabila ke kelab malam buat pertama kali selepas berkahwin

Menurut Ninie, segalanya bermula apabila dia dan suami menjejakkan kaki ke kelab hiburan selepas perkahwinan mereka, lapor mStar.

Tatkala melihat ramai anak muda termasuk dirinya yang rata-ratanya beragama Islam, terdetik di hati sampai bila dia harus ke tempat sebegini.

Bila pergi sana, tiba-tiba nampak ramai anak Melayu termasuk saya, saya terfikir sampai bila nak duduk sini?

Ninie

Dari situ dia nekad dan memaksa dirinya  untuk berubah, malah mengajak suaminya untuk turut serta.

Apa yang mengembirakan Ninie adalah respons suaminya yang secara spontan menyokong dan begitu teruja dengan perkara itu. Malah difahamkan kelas al-Quran yang mereka sertai kini adalah hasil inisiatif carian Azmi saat Ninie menyuarakan hasrat untuk menyertai kelas mengaji.

Saya juga ada beli buku untuk belajar agama. Saya sedar kita manusia dah berada di akhir zaman. Memang ada masa untuk bertaubat, tapi masa tu dah singkat.

Ninie

Kini mereka bersama berubah ke arah kebaikan,  dan Ninie gembira kerana dapat menuntut ilmu agama bersama suaminya.

Semoga pasangan ini terus kekal istiqamah dan mengecapi kebahagian yang telah lama mereka impikan. Kebahagian di dunia juga kebahagian di akhirat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.