Connect with us

Featured

Instagram Akan Buang Gambar Cubaan Mencederakan Diri

Gambar: Wccftech

Beberapa hari yang lepas, Instagram telah mengumumkan bahawa mereka akan menurunkan gambar yang dikaitkan dengan perbuatan percubaan mencederakan diri seperti mengelar anggota badan sendiri.

Langkah itu diambil selepas Setiausaha Kesihatan British, Matt Hancock bertemu dengan syarikat media sosial itu untuk meningkatkan kesihatan mental remaja menerusi platform berkenaan.

Remaja perempuan Britain, Molly Russell, 14, ditemui mati di bilik tidurnya pada 2017 dengan mencabut nyawanya sendiri. Dia dilaporkan mengikuti akaun Instagram lain yang berkaitan dengan kemurungan dan bunuh diri.

“Ia adalah keputusan yang baik dengan mengambil langkah tegas bagi melindungi kanak-kanak daripada kandungan merosakkan di Instagram.

“Sudah tiba masanya platform media sosial lain bertanggungjawab ke atas pengguna mereka jika ingin menjadikan Internet sebagai tempat selamat untuk mereka yang masih muda dan terdedah,” kata bapa remaja itu, Ian Russell.

Perubahan kepada peraturan kandungan yang membahayakan diri di Instagram adalah berdasarkan kajian menyeluruh membabitkan pakar dan ahli akademik dari seluruh dunia berkaitan belia, kesihatan mental dan bunuh diri, menurut ketua eksekutif Adam Mosseri.

Sumber: Metro

Popular

“Hukumnya ‘Harus’ Menceraikan Isteri Dalam Keadaan Hamil” – Da’i Wan

Trending

“Dia memilih untuk meninggalkan saya dan anak yang dikandung ini…” – Isteri PU Abu Diceraikan Ketika Hamil

Trending

“Majlis Kahwin Kot…Bukan Parti Liar” – Majlis Kahwin Ahya Rosli Dikecam Netizen

Hiburan

Suami Guna Timun Pada Isteri Puaskan Nafsu Seks Liar

News

Connect