Connect with us

Hiburan

Jawapan Sufian Suhaimi Tentang Props Pelamin Sama

Penyanyi Sufian Suhaimi memberikan komen mengenai desas desus yang mendakwa rekaan pelamin dan bentuk lampu chandelier yang digunakannya sebagai props untuk Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33) mempunyai persamaan dengan pelamin pernikahan Elfira Loy dan suaminya, Faris Khairol Anuar.

Menggunakan props terbabit, Sufian berjaya merangkul trofi Persembahan Terbaik AJL 33 menerusi lagu Di Matamu.

“Saya tidak berniat untuk memerli sesiapa kerana seperti mana yang saya tegaskan sebelum ini, lagu Di Matamu tidak mempunyai kaitan dengan kisah hidup saya.

“Saya sendiri tak ambil tahu mengenai rekaan pelamin mana-mana artis lain. Props yang digunakan pada malam AJL 33 merupakan hasil perbincangan bersama antara saya, pengurusan, penata gaya serta pihak The Calla yang menyediakan pelamin.

“Saya memohon maaf jika saya ada mengguris mana-mana pihak atau ada pihak yang terasa. Sejujurnya, lagu ini memang lagu sedih.

 

“Bukan untuk saya sahaja, tetapi untuk semua pihak yang menggemari lagu ini. Bukan saya seorang sahaja yang pernah putus cinta, ramai lagi orang di luar sana yang terkesan dengan lagu ini dan saya melakukan yang terbaik untuk menyampaikannya,” katanya lagi.

Sebelum ini, Elfira pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Sufian dan bertunang pada 6 Oktober 2017. Hubungan itu tidak panjang dan berakhir pada 18 Februari 2018.

Akhirnya, Elfira melangsungkan pernikahan dengan Faris pada 1 Januari lalu di Cyberjaya.

Sumber : Gempak.com

Popular

“Saya Sudah Pun Terima Hukuman, Apa Motif Mereka?” – Shahrol Shiro

Hiburan

Nabila kecewa video lagu baharu ‘tiada tontonan’

Hiburan

Ganja Mempengaruhi Tahap Kesuburan Lelaki?

Gaya Hidup

Pilih ‘Ikat’ Anak Isteri Di Rumah, Ini 7 Sebab Suhaimi Saad Tidak Hantar Anak Ke Sekolah … #5 Paling Touching!

Trending

Connect