Connect with us

Featured

Kaer Tarik Diri Daripada Projek Single Kedua Bersama Amylea

Gambar: mStar

Amylea telah mengesahkan bahawa pasangan duetnya, Kaer yang turut menjayakan lagu Tak Pernah Hilang menarik diri daripada projek rakaman single kedua berjudul Tetap Kamu.

Tempat Kaer digantikan Megat Adzuan yang pernah menyertai program realiti Mentor 7. Menurut Amylea, Kaer memaklumkan dia menarik diri daripada projek single kedua atas alasan tertentu.

“Memang Kaer tidak jadi berduet dengan saya… Dia tarik diri sejak Disember lalu. Akhirnya, rezeki merakamkan lagu baharu itu beralih kepada Megat.

“Saya terkilan kerana berharap rakaman bersama Kaer dapat diteruskan. Kami bermasam muka sekejap.

“Apatah lagi, saya selama ini sangat percaya dengan jenama ‘Amylea X Kaer’ yang dipopularkan. Apatah lagi, lagu Tetap Kamu dicipta untuk kami,” katanya kepada BH Online.

Gambar: Rojak Daily

Lagu Tak Pernah Hilang adalah ciptaan oleh Farouk Roman dengan lirik dihasilkan Amylea, ditonton lebih 11 juta kali di YouTube. Single itu turut bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33, baru-baru ini. Amylea berkata, Megat menggantikan Kaer kira-kira seminggu sebelum lagu itu diserahkan kepada penerbit drama Nur, Radius One.

“Ketika itu, saya masih berharap Kaer mengubah fikiran hingga meminta proses rakaman ditangguhkan,” katanya.

Walau bagaimanapun, Amylea berkata keputusan Kaer itu tidak menimbulkan krisis atau pergaduhan di antara mereka.

“Kaer berundur kerana beberapa sebab termasuk mahu berehat dan memberi tumpuan kepada jenama fesyen dan syarikat hiasan dalaman yang diusahakannya.

“Sepanjang tahun lalu, Kaer berhabis-habisan menjayakan semua promosi lagu Tak Pernah Hilang,” katanya.

“Malah, Kaer menyokong projek duet saya bersama Megat.

“Dia sudah memberi yang terbaik biarpun bergelut dengan pelbagai masalah seperti hilang keyakinan… Itu belum lagi diambilkira kecaman netizen yang dihadapinya.

“Biar apapun yang terjadi, Kaer tetap sahabat saya,” katanya.

Sumber: BH Online

Popular

“Hukumnya ‘Harus’ Menceraikan Isteri Dalam Keadaan Hamil” – Da’i Wan

Trending

“Dia memilih untuk meninggalkan saya dan anak yang dikandung ini…” – Isteri PU Abu Diceraikan Ketika Hamil

Trending

“Majlis Kahwin Kot…Bukan Parti Liar” – Majlis Kahwin Ahya Rosli Dikecam Netizen

Hiburan

Suami Guna Timun Pada Isteri Puaskan Nafsu Seks Liar

News

Connect