Connect with us

News

Kajian Mencatatkan Penjualan Rokok Haram Tertinggi Di Malaysia

Terdapat satu kajian yang mengejutkan dimana Malaysia dicatatkan negara dengan jualan rokok haram paling tinggi di dunia. Menurut kajian Gabungan Pengilang Tembakau Malaysia, sebanyak 58.9% rokok yang dijual di negara ini adalah haram.

Pengarah Urusan JTI Malaysia Commac O’Rourke berkata, jualan rokok haram mencecah 12 bilion batang pada 2018, meningkat 3.3% berbanding tahun 2017.

Seterusnya, Kajian Rokok Haram 2018 menunjukkan sejumlah 153,000 pek rokok dibuang ke jalanan dan tong sampah seluruh negara sepanjang tahun. Kajian dianalisis menerusi setem cukai tempatan dan pembungkusan tulen.

Gambar: Harian Metro

Kajian juga mendapati bahawa jualan rokok haram paling berleluasa di Sabah, Sarawak, Pahang, Kelantan dan Terengganu, dimana 80% pek rokok dari kawasan ini adalah rokok haram.

Sementara itu, JT International Bhd (JTI) mencadangkan penangguhan eksais cukai ke atas harga rokok oleh kerajaan untuk tiga tahun akan datang, sebagai langkah utama untuk menangani penjualan rokok haram.

Penjualan rokok haram perlu ditangani dengan segera memandangkan Malaysia akan kehilangan sehingga RM5 bilion dalam pendapatan cukai yang tidak dikutip setahun.

Sumber: mStar

Popular

“Hukumnya ‘Harus’ Menceraikan Isteri Dalam Keadaan Hamil” – Da’i Wan

Trending

“Dia memilih untuk meninggalkan saya dan anak yang dikandung ini…” – Isteri PU Abu Diceraikan Ketika Hamil

Trending

“Majlis Kahwin Kot…Bukan Parti Liar” – Majlis Kahwin Ahya Rosli Dikecam Netizen

Hiburan

Suami Guna Timun Pada Isteri Puaskan Nafsu Seks Liar

News

Connect