Connect with us

News

Keadaan Jenazah Haziq Seperti Bercahaya dan Tersenyum

Wajah jenazah korban serangan pengganas di masjid Christchurch, New Zealand Jumaat lalu, Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17, dalam keadaan tersenyum dan seumpama sedang tidur.

Ibu saudara Muhammad Haziq, Zarina Shuib, 53, berkata, dia dimaklumkan juga wajah anak saudaranya itu seperti bercahaya ketika jenazah anak kedua daripada empat adik beradik itu diuruskan.

Allahyarham Muhammad Haziq menurutnya mengalami kecederaan akibat ditembak sebanyak dua kali pada anggota badan.

Zarina dan keluarga bagaimanapun reda menerima ketentuan tersebut dan meminta seluruh rakyat Malaysia sama-sama mendoakan agar anak saudaranya itu ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

 

 

“Rasa sedih, terkilan sebab dia anak saudara. Reda dengan pemergian dia (Haziq). Mungkin sudah sampai ajal tuhan. Sudah ketentuan meninggal masa tu. Mariani (adik) ada sebut jenazah (Haziq) senyum dan tenang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Hutan Kampung, di sini, pada petang Khamis.

Menurutnya, Muhammad Haziq menemui ajal dalam keadaan baik iaitu ketika arwah dalam keadaan berwuduk dan mahu menunaikan solat Jumaat di dalam masjid.
Tambahnya, adik kepada Muhammad Haziq, Mohd Haris, 12, difahamkan belum mengetahui tentang kematian abangnya itu kerana terpaksa dirahsiakan keluarganya..

Haris yang turut berada di masjid tersebut ketika serangan berlaku masih trauma dan belum pulih sepenuhnya.

Zarina sebelum itu dikunjungi kira-kira 50 ahli jawatan kuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung bagi Dewan Undangan Negeri Bukit Pinang yang membacakan doa tahlil buat Allahyarham Haziq.

Jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan di Christchurch hari ini dengan diiringi bapanya, Mohd Tarmizi Mohd Shuib, 42, dan abang Mohd Tarmizi, Zakaria Shuib, 55, manakala ibu dan adik beradik Allahyarham tidak dibenarkan ke kawasan perkuburan.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 petang (waktu tempatan), 50 disahkan maut dan lebih 50 lagi cedera akibat tembakan  berdekatan Masjid Al-Noor berhampiran Hagley Park dan Masjid Linwood di Christchurch.

Empat rakyat Malaysia disahkan terlibat dalam serangan pengganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand, pada Jumaat lepas, tiga daripadanya cedera Mohd Tarmizi Shuib, Rahimi Ahmad dan Nazril Hisham Omar, sementara Muhammad Haziq dilaporkan hilang dalam kejadian tembakan itu.

Dia bagaimanapun hari ini disahkan terkorban.

Sumber : Awani.com

Popular

“Hukumnya ‘Harus’ Menceraikan Isteri Dalam Keadaan Hamil” – Da’i Wan

Trending

“Dia memilih untuk meninggalkan saya dan anak yang dikandung ini…” – Isteri PU Abu Diceraikan Ketika Hamil

Trending

“Majlis Kahwin Kot…Bukan Parti Liar” – Majlis Kahwin Ahya Rosli Dikecam Netizen

Hiburan

Suami Guna Timun Pada Isteri Puaskan Nafsu Seks Liar

News

Connect