Connect with us

Gaya Hidup

Kentang Boleh Jadi Racun? Ini 3 Tandanya

Ramai diantara kita yang percayakentang biasanya boleh disimpan dan tahan lama dan ia sering dijadikan stok makanan simpanan di dapur. Tetapi apa yang kita tidak tahu, sebenarnya kentang boleh menjadi makanan beracun jika dia sudah bertukar kondisi dengan 3 tanda ini.

1. Kulit Kentang Sudah Berkedut

Kentang cenderung mempunyai lapisan kulit yang berkedut dan lembik apabila dia ditinggalkan dalam tempoh yang lama. Hal ini disebabkan oleh kandungan solanin (mekanisme pertahanan bagi kentang untuk melawan serangan serangga) di dalam kentang yang telah meningkat dan menyebabkan kentang itu beracun bagi tubuh manusia.

2. Kentang Yang Sudah Bercambah

Anda disarankan untuk membuang sahaja kentang yang sudah bercambah serta berkedut kerana cambahan itu mengandungi toksik glycoalkaloids-solanin dan chaconine yang banyak. Namun jika keadaan kentang masih keras makan cambahan tersebut boleh dibuang sahaja sebelum dimasak.

3. Kentang Berwarna Hijau

Apabila terkena cahaya matahari, kentang akan cenderung berubah warna kepada warna hijau kerana kandungan solanin di dalamnya telah meningkat. Namun kita masih boleh memakannya dengan syarat lapisan hijau tersebut dibuang.

Sumber: Sinar FM

Popular

Kepada Lelaki Yang Mempunyai Masalah ‘Man Boobs’, Ini Fakta Yang Perlu Anda Tahu

Gaya Hidup

Mulai 1 Mac, Penjawat Awam Bekerja Mengikut Masa Fleksibel

News

Keadaan Jenazah Haziq Seperti Bercahaya dan Tersenyum

News

[VIDEO] Perdana Menteri New Zealand Sifatkan Tragedi Berdarah Christchurch Adalah Serangan Pengganas

News

Connect