Gaya Hidup

Kini Anda Boleh Rasai Pengalaman Tidur di Tembok Besar China!

Ini adalah antara listing Airbnb paling rare yang pernah kami lihat. Airbnb bakal memberi peluang untuk anda menginap di tembok paling terkenal di seluruh dunia, Tembok Besar China.

Ianya adalah peluang sekali seumur hidup untuk anda tinggal di salah satu keajaiban dunia ini. Anda akan berpeluang untuk menikmati pemandangan hutan di sekeliling bilik anda di samping mendapat makanan serta tour percuma daripada host Airbnb di Tembok Besar China ini.

“Kami sangat berbangga kerana dapat menjayakan penginapan di Tembok Besar China ini,” kata pengerusi Airbnb China, Nathan Blecharczyk.

Listing Airbnb ini sedang berlangsung sekarang sehingga 11 Ogos ini. Anda cuma perlu ke listing Airbnb ini dan menjawab soalan yang diberi. Jika jawapan anda terpilih sebagai juara, anda akan berpeluang untuk menginap di sini secara percuma.

Jika anda sudah lama mahu melawat Tembok Besar China, bolehlah cuba dengan menyertai peraduan ini. Pasti sejuk tinggal di sini kerana biliknya open air.Harapnya tiada gangguan nyamuk di waktu malam.

bnb2

bnb3

bnb4

bnb5

bnb6

bnb7

bnb8

Sumber : The Vocket

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popular

To Top