Hiburan

“Layan Anak Dan Isteri Lebih Baik…”

Pelakon Amar Baharin menempelak sikap segelintir netizen dan individu yang tidak bertanggungjawab kerana menabur fitnah.

Hal ini berikut satu gambar yang dimuat naik oleh Izreen Azminda di Instagram miliknya baru-baru ini.

Hidup tu jgn biadapppp!!!! Takder life ker??? Sampai anak saya awak nk babitkan!!! Nk mengata sy pun mengata n tabur dosa dekat sy jer lah.. Yg nk babitkan anak amar dan anak sy yg tak berdosa ni dah kenapa???!!!! Saya berkahwin dgn bekas suami 30.8.2012 dan anak saya lahir pada 13.07.13.. Kalau anak org lain apa jadahhhhnya bertahun tahun dlm perot!!! Org kalau ada life dan bahagia takkan sibok pasal kehidupan org lain!!! Nmpk sgt awak tak bahagia sbb tu sebokkk nk korek kehidupan manusia lain!!! Saya diam agak lama eh… Ada juga yg nk kena tindakkan ni!!! Jgn ingat saya diam.. sy tak amik peduli…. Nmpk sgt hati awak tu busuk sampai followers awak sendiri yg hantar pic ni dekat saya!!!tunggu ehhhh!!! (TAK MENTION NAMA SAYA PUN DAH TERANG TERANGAN TU MUKA ANAK SAYA.. BODOH TU SIMPAN SIKIT!!! ALHAMDULILLAH DIATAS FITNAH YG DILEMPARKAN… JANJI SAYA BAHAGIA ATAS REZEKI DAN KETENTUAN YG ALLAH BERIKAN UNTUK SAYA… KORANG? HATI KOTOR DAN PENUH DOSA.. TIAP2 HARI TAMBAH DOSA…SBB TERLALU GHAIRAH NK BUKA AIB ORG LAIN…OWH LUPA…ORG TAKDER LIFE…DIRI SUCI TANPA DOSA CONFIRM MASOK SYURGA…SADISSSS ??)

A post shared by ?MADAM IZREEN AZMINDA? (@izreen.azminda) on

Amar, 33, berkata, dia malas untuk mengulas lanjut perkara yang dibangkitkan netizen membabitkan dirinya dengan pelakon, Izreen Azminda serta anak mereka.

“Saya tidak mahu komen panjang. Apa saya boleh katakan, layan anak dan isteri lebih baik daripada layan komen netizen. Get a life!” kata Amar.

Amar berkahwin dengan pelakon, Amyra Rosli pada 11 November 2016 dan dikurniakan anak lelaki, Aqeef Anaqi pada 15 Oktober 2017.

Terdahulu, Izreen berang apabila terdapat individu tidak bertanggungjawab yang memfitnah anaknya dan anak Amar.

Dalam kenyataan, Izreen kesal apabila terdapat manusia yang bersikap busuk hati dan suka bergelumang dosa iaitu memfitnah.

Menurut Izreen, anaknya Muhammad Adrian Umar yang kini berusia empat tahun adalah hasil perkahwinan pertama dengan juru kamera iaitu Muhammad Riza pada 2012 dan tiada kaitan untuk dia melakukan perbuatan sumbang dengan Amar.

Sumber : Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popular

To Top