Connect with us

Hiburan

“Majlis Kahwin Kot…Bukan Parti Liar” – Majlis Kahwin Ahya Rosli Dikecam Netizen

Semalam pelakon dan model, Ahya Rosli selamat melangsungkan majlis resepsi perkahwinan yang bertemakan konsep traditional. Namun apa yang menjadi bualan, persembahan tarian bogel ketika makan beradab berlangsung.

Menerusi Instastory kakak kepada Ahya, Liana Rosli, beliau telah memuat naik beberapa siri video seorang lelaki yang menyerupai wanita, berpakaian ala-ala bikini, lincah menari seksi di depan tetamu.

Perkongsian itu mengundang kecaman netizen yang mendakwa tarian tersebut tidak sesuai dengan majlis resepsi yang diadakan, apatah lagi majlis terbabit bertemakan konsep traditional Melayu.

Bagaimanapun lain pula pendapat Ayha selaku pengantin lelaki yang berpendapat, tarian itu sekadar hiburan sahaja buat tetamu yang hadir pada majlis persandingannya semalam, dan tidak perlu diperbesarkan.

“Saya tak kisah apa orang nak kata mengenai majlis persandingan saya. Persembahan itu sekadar hiburan sahaja. Suka hati saya la nak panggil siapa buat persembahan. Itu kan majlis perkahwinan saya, yang keluar duit bukan netizen,” jelasnya.

Ini pula reaksi netizen berkenaan video tersebut.

Lain macam pula persembahan jemputan majlis persandingan Ahya. Apapun tahniah diucapkan kepada Ahya dan isteri, Shahirah Sanusi, semoga perkahwinan yang dibina berkekalan selamanya.

Popular

“Hukumnya ‘Harus’ Menceraikan Isteri Dalam Keadaan Hamil” – Da’i Wan

Trending

“Dia memilih untuk meninggalkan saya dan anak yang dikandung ini…” – Isteri PU Abu Diceraikan Ketika Hamil

Trending

Suami Guna Timun Pada Isteri Puaskan Nafsu Seks Liar

News

[GAMBAR] Sekali Lafaz, Nelydia Senrose dan Mohd Hafez Selamat Diijabkabulkan

Hiburan

Connect