Connect with us

Trending

Majlis Tahlil Tapi Ada Tanda Salib di Rumah, Ini Rupanya Penjelasan Sebenar

Selalu jika majlis yang melibatkan bacaan doa seperti tahlil atau majlis kesyukuran kebiasaannya akan dilakukan oleh masyarakat Muslim sama ada di rumah mereka atau pun di masjid.

Namun baru-baru ini telah tular, apabila tersebarnya gambar sekumpulan lelaki berbaju melayu dan berkopiah dipercayai beragama Islam sedang melakukan bacaan doa di dalam sebuah rumah penganut kristian.

Dapat dilihat di dalam gambar tersebut, tanda salib jelas kelihatan tergantung di dinding rumah, dimana sekumpulan lelaki Muslim sedang berkumpul untuk melakukan bacaan doa.

Berikutan itu, ramai yang berasa kurang senang dengan foto tersebut sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi mempersoalkan mengenai tindakan sekumpulan lelaki Muslim terbabit.

Tidak mahu terus disalah anggap, beberapa individu di media sosial tampil membuat kenyataan mengenai gambar tersebut, dikatakan majlis itu merupakan bacaan tahlil buat anak kepada tuan rumah tersebut, yang beragama Islam.

Difahamkan, anak kepada pasangan penganut Kristian merupakan seorang muallaf, telah meninggal dunia ketika berada di Terengganu.

Menurut satu lagi posting, memang menjadi satu kebiasaan di Sarawak dan Sabah membenarkan majlis seperti itu dilakukan bersama walaupun berlainan agama.

Ini kerana, majoriti masyarakat disana, sungguhpun berbeza agama dan tiada pertalian darah, tetapi keharmonian diantara mereka kekal terjalin.

Walau bagaimanpun, kesahihan mengenai maklumat tersebut masih tidak dapat disahkan oleh mana-mana pihak, tetapi diharapkan agar kisah ini mampu menjadi contoh dan teladan yang baik buat kita semua.

Sumber : Siakap Keli

Popular

Dirasakan Terbaik Untuk Mereka Berdua, Aliff Aziz dan Bella Astillah Sah Bercerai

Trending

“Hukumnya ‘Harus’ Menceraikan Isteri Dalam Keadaan Hamil” – Da’i Wan

Trending

“Dia memilih untuk meninggalkan saya dan anak yang dikandung ini…” – Isteri PU Abu Diceraikan Ketika Hamil

Trending

Gambar Tidur Aliff Aziz Bersama ‘Gadis Seksi’ Tersebar di Media Sosial?

Trending

Connect