Connect with us

News

Malaysia Kutuk Elly Pamatong Bakar Bendera, Gesa Filipina Ambil Tindakan

Kementerian Luar Negeri menzahirkan kebimbangan terhadap penyebaran video kontroversi yang dimuat naik ke akaun Facebook ‘President Pamatong Supporters’, yang memaparkan bendera Malaysia dibakar secara terbuka.

Wisma Putra dalam satu kenyataan menegaskan, Malaysia mengutuk perbuatan itu dan menyifatkan ia sebagai insiden yang perlu diberi perhatian serius.

 

 “Bendera adalah simbol kebangsaan sesebuah negara dan harus diperlakukan dengan penuh rasa hormat. Tindakan sedemikian serta komen-komen bernada anti-Malaysia yang dibuat oleh individu terbabit, Elly Pamatong, adalah tidak berasas dan menyinggung perasaan rakyat Malaysia,” kenyataan itu menyebut.

Malaysia hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan membakar bendera negara ini secara terbuka di Filipina yang ditampilkan dalam sebuah video.Wisma Putra, dalam kenyataan hari ini meluahkan rasa sangat kesal atas penerbitan video kontroversi itu menerusi akaun Facebook ‘President Pamatong Supporters’ pada 19 dan 21 Januari lalu.Wisma Putra seterusnya menggesa kerajaan Filipina mengambil tindakan tegas terhadap pengasas ‘United States Allied Freedom Fighters of the East’, Elly Pamatong, dan memastikan insiden serupa tidak berulang kerana ia mampu mencemarkan hubungan dua hala yang baik di antara Malaysia dan Filipina sekarang-BERNAMA#Inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Thursday, 7 February 2019

Kerajaan Malaysia menggesa Kerajaan Filipina mengambil tindakan tegas terhadap Pamatong dan memastikan insiden itu tidak berulang kerana ia boleh menjejaskan hubungan dua hala yang selama ini terjalin baik.

Dalam kedua-dua video yang berdurasi 19 minit 50 saat dan tiga minit 18 saat itu, Pamatong yang mendakwa dirinya sebagai pengasas United States Allied Freedom Fighters of the East (USAFFE), mengeluarkan kenyataan-kenyataan anti Malaysia sebelum bertindak membakar bendera Malaysia.

Sumber : Awani

Popular

“Hukumnya ‘Harus’ Menceraikan Isteri Dalam Keadaan Hamil” – Da’i Wan

Trending

“Dia memilih untuk meninggalkan saya dan anak yang dikandung ini…” – Isteri PU Abu Diceraikan Ketika Hamil

Trending

“Majlis Kahwin Kot…Bukan Parti Liar” – Majlis Kahwin Ahya Rosli Dikecam Netizen

Hiburan

Suami Guna Timun Pada Isteri Puaskan Nafsu Seks Liar

News

Connect