Connect with us

News

Masjid Ditukar Jadi Kelab Malam Oleh Israel

Majlis perbandaran Israel di wilayah Safed menukar Masjid Al-Ahmar menjadi bar dan dewan acara, menurut laporan Al-Quds Al-Arabi semalam.

Masjid berkenaan adalah antara rumah ibadat umat Islam paling bersejarah di bandar raya Safed, yang terletak di utara Palestin, yang diceroboh rejim Zionis pada 1948.

Bangunan itu pada mulanya dijadikan sekolah Yahudi, kemudian pusat bagi kempen pilihan raya parti Likud dan kemudian kedai pakaian sebelum ditukar kepada kelab malam.

Masjid itu kini dibuka untuk hampir semua acara kecuali solat.

Ia dijadikan bar dan dewan perkahwinan oleh firma yang ada kaitan dengan majlis perbandaran Israel.

Namanya turut ditukar kepada Khan Al-Ahmar, menurut Middle East Monitor, memetik laporan akhbar Al-Quds Al-Arabi.

Setiausaha Infak Safed dan Tiberias, Khair Tabari, berkata beliau menunggu mahkamah Nazareth membuat keputusan mengenai aduan yang difailkan meminta masjid itu dikosongkan dan dikembalikan kepada agensi itu.

Tabari menambah, beliau menyertakan dokumen membuktikan pemilikan masjid berkenaan dan menggesa parti politik dan badan popular meningkat kerjasama dengannya dalam usaha menyelamatkan masjid berkenaan daripada sebarang pelanggaran.

Sebelum dihalau keluar dari rumah mereka pada 1948, Safed mempunyai 12,000 penduduk Palestin.

Sumber : BH Online

Popular

“Hukumnya ‘Harus’ Menceraikan Isteri Dalam Keadaan Hamil” – Da’i Wan

Trending

“Dia memilih untuk meninggalkan saya dan anak yang dikandung ini…” – Isteri PU Abu Diceraikan Ketika Hamil

Trending

“Majlis Kahwin Kot…Bukan Parti Liar” – Majlis Kahwin Ahya Rosli Dikecam Netizen

Hiburan

Suami Guna Timun Pada Isteri Puaskan Nafsu Seks Liar

News

Connect