Connect with us

News

Memenuhi Permintaan Pelanggan, A&W Akan Turunkan Harga Makanan Mei Ini

Bersempena dengan pengambilan A&W Malaysia daripada KUB Malaysia Bhd dengan nilai RM34 juta, Inter Mark Resources Sdn Bhd nampaknya mempunyai pelan terbaru untuk kembalikan zaman kegemilangan A&W Malaysia seperti pada era 90-an.

Sempena fasa permulaan ini, A&W Malaysia dikatakan bakal menambah lebih banyak pilihan menu berharga RM8.90 dan RM9.90 pada bulan Mei ini.

Difahamkan penawaran harga rendah ini berpeluang meningkatkan lagi jumlah pengguna sekaligus menunjukkan A&W Malaysia sentiasa mendengar permintaan pelanggan. Sebagai perbandingan sebelum ini harga bagi satu set A&W adalah sekitar RM14 dan RM15.

Selain itu, sebanyak 10 rangkaian restoran A&W telah bekerjasama bersama GrabFood bagi memudahkan pengguna mendapatkannya. Pembukaan restoran A&W beserta drive-thru bakal dipertingkatkan daripada empat cawangan kepada lapan cawangan. Bukan itu sahaja, restoran 24 jam juga antara yang berada di dalam rancangan A&W Malaysia pada tahun hadapan.

Mengulas mengenai rangkaian ikonik A&W yang bakal dilaporkan bakal ditutup di Petaling Jaya, pihak mereka turut memberi penjelasan dimana penutupan rangkaian ini bakal dibuat pada akhir tahun ini bagi memberi ruang untuk pembinaan projek terbaru di kawasan tersebut. Buat yang berkesempatan, pastinya anda ingin menguki memori terakhir di cawangan yang penuh memori ini.

Sumber : The Vocket

Popular

“Hukumnya ‘Harus’ Menceraikan Isteri Dalam Keadaan Hamil” – Da’i Wan

Trending

“Dia memilih untuk meninggalkan saya dan anak yang dikandung ini…” – Isteri PU Abu Diceraikan Ketika Hamil

Trending

“Majlis Kahwin Kot…Bukan Parti Liar” – Majlis Kahwin Ahya Rosli Dikecam Netizen

Hiburan

Suami Guna Timun Pada Isteri Puaskan Nafsu Seks Liar

News

Connect