News

Mengamuk Tak Dapat Bayaran Balik Baju Yang Dibeli Dua Bulan Lalu

Seorang wanita meradang dan naik angin apabila kakitangan sebuah pasaraya enggan memulangkan semula wang hasil pembelian baju dua bulan lalu.

Menerusi visual yang dirakam, wanita berkenaan dilihat meninggikan suara kerana terlalu marah ketika berdepan dengan pekerja premis berkenaan di bahagian jualan pakaian.

Apabila perbincangan antara mereka semakin “panas”, wanita itu berjalan melintasi barisan pakaian yang digantung kemas itu dan dengan sengaja menjatuhkannya ke lantai.

Insiden itu dipercayai berlaku di pasaraya di Beirut, Lubnan.

Susulan itu, beberapa kakitangan premis itu bergegas ke arah wanita itu dan memintanya supaya bertenang selepas terkejut dengan perlakuannya.

Puluhan pakaian telah dicampakkan ke lantai selepas wanita itu menariknya dari penyangkut baju yang disusun rapi di premis itu.

Klip berdurasi 45 saat itu turut dimuat naik menerusi media sosial dan wanita berkenaan telah dihentam hebat kerana perbuatannya itu.

Menerusi visual itu, wanita berkenaan dilihat berjalan meninggalkan premis berkenaan selepas menghuru-harakan suasana di situ.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada pihak polis bertindak menahannya susulan kejadian itu.

Sumber : Mstar. Mirror.UK

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popular

To Top