Connect with us

Gaya Hidup

Menjimatkan! Jom Cuba Resepi Ringkas Roti John Homemade

Bulan Ramadan baru saja tiba dan pastinya ramai sedang memikirkan juadah apa mahu dibeli atau dimasak untuk berbuka puasa petang nanti.

Jika anda tak mahu bersesak-sesak dengan orang ramai di bazaar ramadan, anda boleh cuba resepi ringkas roti john homemade yang lazat ini daripada seorang warga Facebook, Chinta Eyja.

Bahan

Sedikit daging kisar
Sedikit sosej ayam (dipotong kecil)
Sedikit bawang merah (dipotong dadu)
Sedikit bawang putih (dipotong dadu)
Sedikit lada sulah
Sedikit rempah kari (campur air)
Sedikit garam
Roti Gardenia frankfurter
1 biji telur
Sedikit daun sup atau daun bawang

Cara-cara

– Tumis bawang merah dan bawang putih.

– Masukkan rempah kari, daging kisar, sosej.
– Kemudian, masukkan garam dan lada sulah.
– Setelah masak semua bahan, ketepikan sebentar.

– Pecahkan telur dan masukkan daun sup atau daun bawang. Kacau telur.

– Selepas itu, campurkan dengan bahan yang dimasak tadi dengan telur. Kacau hingga sebati.

– Sementara itu, roti frankfurter dibelah dua (jangan sampai putus kedua-dua roti), sapu mentega atau planta dan tekap di atas kuali. Setelah garing sedikit, angkat dan ketepikan.

– Cairkan mentega atau planta di atas kuali dan tuangkan inti yang dicampur telur tadi.

– Tekapkan roti.

– Terbalikkan bila sudah garing.

– Kemudian, letak mayonis atau sos cili ikut citarasa masing-masing. Lipat roti dan potong.

– Siap! 😉

Sumber: FB Chinta Eyja

Popular

Dirasakan Terbaik Untuk Mereka Berdua, Aliff Aziz dan Bella Astillah Sah Bercerai

Trending

“Hukumnya ‘Harus’ Menceraikan Isteri Dalam Keadaan Hamil” – Da’i Wan

Trending

“Dia memilih untuk meninggalkan saya dan anak yang dikandung ini…” – Isteri PU Abu Diceraikan Ketika Hamil

Trending

Gambar Tidur Aliff Aziz Bersama ‘Gadis Seksi’ Tersebar di Media Sosial?

Trending

Connect