Connect with us

Featured

Mereka Boleh Kecam Dan Memaki Saya, Bukan Keluarga. Mereka Tidak Bersalah,” Emma Maembong

Gambar: HypeMY

Rabu lalu, tular cerita dan menjadi bualan hangat penggemar seni hiburan apabila Emma Maembongmengumumkan dirinya tidak lagi mengenakan hijab setelah lima tahun tampil dengan imej bertudung.

Pabila dia berdepan kecaman dan kritikan hebat netizen, Emma Maembong juga tidak menyangka ramai teman artis yang tampil memberikan sokongan moral serta nasihat kepadanya.

Gambar: Kosmo

“Mereka (rakan artis) tidak menyokong tindakan saya membuka tudung, tetapi sentiasa ada di belakang saya. Antaranya Norman Hakim, Datuk Afdlin Shauki, Mimi Ernida dan Heliza Helmi.

“Heliza, contohnya, memang beriya-iya nak jumpa saya. Walaupun saya cakap tak sempat, dia tetap berusaha untuk bertemu, sekalipun pada lewat pagi. Akhirnya kami berjumpa juga, baru-baru ini, dan berborak agak panjang.

“Usaha Heliza berjumpa saya amat dihargai. Dia juga ada berkata, jika saya nak ikut ke majlis agama atau ceramah, dia akan ajak sekali. Malah, di laman Instagram juga, ramai teman artis yang berkongsi kasih dan sayang bersama saya,” katanya kepada BH Online.

“Memang saya tak tutup ruangan komen, malah bersedia terima apa sahaja kata-kata netizen. Saya tidak pernah lari daripada kesilapan ini. Memang tindakan membuka tudung itu salah dan tidak patut dicontohi.

“Cuma untuk gambar tertentu yang memaparkan sekali keluarga atau urusan kerja, saya memilih untuk menutup ruangan berkenaan. Mereka boleh kecam dan memaki saya, bukan keluarga. Mereka tidak bersalah,” katanya.

“Ada yang cakap tempat saya di neraka dan macam-macam lagi. Bab dosa biarlah antara saya dengan Tuhan. Dosa saya dengan netizen pula, andai kata diri ini tidak maafkan mereka, bagaimana jadinya?

“Mungkin mereka boleh menegur secara berhemah, tetapi sebahagiannya memilih untuk menulis kata-kata kesat. Saya menganggapnya seperti buli siber,” katanya.

Sumber: BH Online

Popular

“Saya Sudah Pun Terima Hukuman, Apa Motif Mereka?” – Shahrol Shiro

Hiburan

Nabila kecewa video lagu baharu ‘tiada tontonan’

Hiburan

Ganja Mempengaruhi Tahap Kesuburan Lelaki?

Gaya Hidup

Pilih ‘Ikat’ Anak Isteri Di Rumah, Ini 7 Sebab Suhaimi Saad Tidak Hantar Anak Ke Sekolah … #5 Paling Touching!

Trending

Connect