Trending

Muzik Video “Di Matamu” Dilancarkan Pada Tarikh Sepatutnya Sufian Nikah

Kontroversi terputusnya ikatan pertunangan antara penyanyi Sufian Suhaimi dengan pelakon Elfira Loy terus memberi publisiti terhadap lagu terbaharu nyanyiannya berjudul Di Matamu apabila ia menerima sambutan penonton di laman YouTube.

Lagu tersebut telah dilancarkan secara rasmi di laman itu pada pukul 9 pagi, Jumaat dan sehingga kini menerima hampir 200,000 kali tontonan setelah tiga jam dimuat naik menerusi saluran Aries Music.

Lagu ciptaan Sufian bersama Sirkhan dan Rinkarnaen ini dilancarkan pada hari ini kerana ia sepatutnya merupakan tarikh dia dan Elfira mendirikan rumah tangga.

Rata-rata netizen turut teruja dengan pelancaran lagu ini dan masih mengaitkan kisah putus tunang dengan perjalanan cerita dalam muzik video tersebut.

Sementara itu, mStar Online bertarikh 26 Februari melaporkan Sufian memberitahu lirik lagu terbaharunya itu dicipta pada pertengahan tahun lalu dan bukanlah selepas berakhirnya kisah pertunangannya dengan Elfira.

“Sebenarnya lirik lagu tersebut dah ada sejak tahun lalu lagi. Memang saya bercadang untuk keluarkan lagu tersebut pada tahun ini.

“Bukanlah dicipta selepas berakhirnya hubungan saya dan Elfira. Cuma, semua yang terjadi ini seperti kebetulan sama dengan maksud lirik tersebut.

Lagu itu juga sangat peribadi bagi saya kerana mengisahkan kehidupan saya yang secara kebetulan sahaja,” ujarnya.

Pada 18 Februari lalu, pihak keluarga Elfira mengesahkan sudah bertemu dengan keluarga Sufian untuk memulangkan cincin pertunangan mereka.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada hari ini.

Sebelum ini, video nyanyian akustik yang dimuat naik di laman sama menjadi trending dan telah ditonton sebanyak 10 juta kali sejak 26 Februari.

Sumber : Mstar

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popular

To Top