Connect with us

Hiburan

“Nak Simple Tapi Gambar Elfira Loy” – Jurusolek Bahasakan Pelanggan Cerewet Demand Harga Murah

Seorang jurusolek berkongsi situasi melucukan apabila seorang pelanggannya mahukan solekan persis majlis persandingan pelakon Elfira Loy baru-baru ini.

Menerusi akaun Facebooknya, jurusolek berkenaan memuat naik paparan skrin perbualan dengan seorang pelanggan yang mempertikaikan harga RM400 yang dicadangkan.

Malah, jurusolek itu turut terkilan dengan sikap pelanggan terbabit yang memberikan rujukan hasil sentuhan jurusolek terkenal, Khir Khalid.

“Pening tau nak simple tapi gambar Elfira Loy.

“Ini make up MUA Khir Khalid tau ribu riban harganya sekali make up.

“Saya letak RM400 mahal,” getusnya menerusi posting terbabit.

Bukti paparan skrin perbualan jurusolek bersama pelanggannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada pelayar media sosial.

Rata-ratanya menyalahkan pelanggan terbabit yang terlalu berkira untuk mendapatkan solekan berkualiti dan terbaik sempena hari bahagianya.

Lebih meyakinkan, ada yang turut memuat naik nilai dan jenis alat solek yang digunakan Khir Khalid secara terperinci untuk mengoles wajah Elfira ketika majlis resepsinya Sabtu lalu.

Popular

Kepada Lelaki Yang Mempunyai Masalah ‘Man Boobs’, Ini Fakta Yang Perlu Anda Tahu

Gaya Hidup

Mulai 1 Mac, Penjawat Awam Bekerja Mengikut Masa Fleksibel

News

Keadaan Jenazah Haziq Seperti Bercahaya dan Tersenyum

News

[VIDEO] Perdana Menteri New Zealand Sifatkan Tragedi Berdarah Christchurch Adalah Serangan Pengganas

News

Connect