News

Nasib Budak 4 Tahun…Sudahlah Terlantar di ICU, Dirogol Beramai-Ramai Pula

Seorang budak perempuan berusia empat tahun, didakwa dirogol beramai-ramai oleh seorang kakitangan hospital dan empat yang lain.

Ketika kejadian, mangsa terlantar di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di Uttar Pradesh, India.

Menurut Sky News, kanak-kanak itu menerima rawatan di hospital selepas dipatuk ular.

Pegawai polis, Mahesh Srivastava berkata, mangsa memberitahu neneknya bahawa dia dirogol oleh seorang kakitangan hospital, dan empat yang lain pada Sabtu malam.

Laman web itu melaporkan seorang lelaki ditahan dan polis kini sedang memburu suspek yang lain.

Pasukan penyiasat meminta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan menyiasat mengapa kanak-kanak tersebut dibiarkan bersendirian di ICU. – Mirror Online

 

Popular

To Top