News

Nenek Hero!

Seorang nenek berusia 60 tahun bertukar menjadi ‘hero’ apabila bertindak menyelamatkan cucu lelakinya yang sedang mandi daripada terperangkap dalam kebakaran di Kampung Delima, Sepanggar, petang selasa.

Dalam kejadian jam 6 petang, Intan Ajibah, 60, berkata, ketika kejadian dia dan cucunya yang berusia empat tahun sahaja yang berada di rumah berkenaan sebelum menyedari api marak daripada sebuah bilik.

Menurut warga emas itu, rumah terbabit disewa oleh enam sekeluarganya sejak beberapa tahun yang lalu.

“Saya panggil cucu saya mandi di bilik mandi dan mengarahkannya untuk meminta tolong.

“Hanya sempat ambil saja Ic (Mykad) dan membawa cucu saya lari, itu saja… tidak dapat kami selamatkan apa apa barang.

“Saya tidak tahu apa punca kebakaran itu kerana ia bermula di salah sebuah bilik kosong yang telah lama tidak berpenghuni di rumah sewa itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian berkenaan.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Mahmud Jumah berkata, kebakaran tersebut memusnahkan dua buah rumah dan sebuah kedai runcit, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

“Pihak bomba tiba di lokasi kejadian pada jam 6.36 petang dan berjaya memadam api sepenuhnya pada jam 7.24 petang.

“Seramai 33 orang anggota iaitu tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat¬† Lintas dan 26 orang anggota dari balai Kota Kinabalu dan melibatkan lima buah jentera terlibat dalam operasi ini,” katanya.

Sumber : Awani

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popular

To Top