fbpx
Now Reading
Wany Hasrita Dijangkiti Virus Influenza B

Wany Hasrita Dijangkiti Virus Influenza B

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi Wany Hasrita dimasukkan ke sebuah hospital di ibu negara dan dikuarantin buat sementara waktu berikutan demam panas pada Ahad.

https://www.instagram.com/p/Bf4wazKh4hS/?taken-by=wanyhasrita

Menurut ibunya, Norita Jaafar, 47, Wany menunjukkan gejala demam berpanjangan dan doktor mengesahkan Wany dijangkiti virus Influenza B.

“Semalam dia baru balik daripada persembahan di Pasir Gudang, Johor dan pukul 7 pagi tadi suhu badannya tinggi dan saya bawa ke hospital untuk pemeriksaan.

“Setelah ujian darah dilakukan, dia disahkan oleh doktor dijangkiti virus Influenza B dan perlu dikuarantin sementara waktu.

“Sekarang ini dia hanya berehat di wad dan perkembangan lain akan dimaklumkan oleh doktor nanti,” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Norita berkata, Wany sudah beberapa hari menunjukkan simptom demam berulang dan lemah badan.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Menahan Rindu itu masih lagi menghadiri undangan nyanyian.

“Dia dah lama demam yang berulang, tapi masih lagi buat persembahan di Kedah, Terengganu, Johor dan sepatutnya hari ini di Selangor.

“Doktor juga tak menolak kemungkinan kurang rehat menyebabkan dia mudah dijangkiti penyakit.

“Hari ini dia berehat di wad sahaja dan minta semua pihak mendoakan agar dia cepat sembuh dan sihat seperti biasa,” katanya.

Sumber : Mstar

 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.