fbpx
Now Reading
Tun Daim: Saya Tahu Mana Jho Low

Tun Daim: Saya Tahu Mana Jho Low

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin menggesa ahli perniagaan yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Jho Low, agar pulang ke negara ini bagi membantu siasatan.

Daim berkata, ini kerana Low merupakan saksi paling penting dalam siasatan 1MDB dan beliau (Daim) tahu di mana beliau berada.

“Secara kasar, saya tahu di mana beliau berada. Saya mahu beliau balik dan bantu siasatan,” katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Daim pada masa sama berkata, undang-undang perlu dipatuhi dalam siasatan berkaitan 1MDB dan semua individu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

“Kita mesti ikuti keabsahan undang-undang. Kami telah berjanji kepada rakyat.

“Akan wujud siasatan terperinci, kita akan membina kes, dan akan ada individu yang bakal didakwa. Namun, mereka mempunyai hak untuk mempertahankan diri,” katanya.

Daim berkata, perkara sama juga terpakai kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Semua individu perlu dilayan dengan berhemah dan mengikut undang undang dan tiada siapa berada di atas undang-undang,” katanya lagi

Sumber: Astro Awani

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.