fbpx
Now Reading
SPRM panggil Rosmah beri keterangan esok

SPRM panggil Rosmah beri keterangan esok

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diminta hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya esok.

Sumber SPRM berkata Rosmah diminta hadir pukul 10 pagi bagi membantu siasatan suruhanjaya itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu namun enggan mengulas lanjut.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata siasatan terhadap Rosmah telah siap dan laporannya telah diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Akhbar sebelum ini melaporkan Rosmah dijangka menghadapi lebih 20 pertuduhan jenayah, kebanyakannya membabitkan pengubahan wang haram.

Sementara itu, tinjauan di sekitar kediaman Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini, sejak petang tadi tidak mengesan sebarang pergerakan luar biasa membabitkan SPRM atau Polis Diraja Malaysia.

Sekumpulan kecil petugas media berada sejak 4 petang untuk melaporkan sebarang perkembangan terkini berkaitan bekas pemimpin negara itu dan isterinya.

Dalam pada itu, kenderaan yang sering digunakan Najib dan isteri dilihat keluar meninggalkan kediaman kira-kira 7 petang.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.