fbpx
Now Reading
Larangan Merokok di Bangunan Parlimen Disifatkan Diskriminasi?

Larangan Merokok di Bangunan Parlimen Disifatkan Diskriminasi?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tindakan Kementerian Kesihatan menjadikan bangunan Parlimen sebagai kawasan larangan merokok disifatkan sebagai satu bentuk diskriminasi terhadap kelompok ahli Parlimen yang merokok.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Dzulkefly Ahmad sepatutnya mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan semua wakil rakyat sebelum membuat keputusan berkenaan.

Menurut beliau, semua Parlimen di dunia ada menyediakan kawasan untuk wakil rakyat merokok kerana ia merupakan soal hak asasi manusia.

Dalam pada itu, Bung Mokhtar turut menafikan dakwaan yang mengaitkan namanya sebagai ahli Parlimen yang dikompaun oleh penguat kuasa kesihatan kerana merokok semalam.

“Bukan saya yang kena kompaun merokok di Parlimen semalam tetapi pada saya walau ahli Parlimen mana pun yang dikenakan kompaun, ia tidak sepatutnya berlaku.

“Yang Dipertua Dewan Rakyat mempunyai kuasa untuk menghalang mana-mana penguat kuasa yang berlegar-legar di kawasan Dewan Rakyat. Sedangkan LGBT pun ada hak, ini kan pula perokok,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.