fbpx
Now Reading
Tiket final Piala AFF Suzuki 2018 Licin!

Tiket final Piala AFF Suzuki 2018 Licin!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kehangatan final pertama Piala AFF Suzuki 2018 di antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini semakin dirasai apabila kesemua 80,000 keping tiket yang diperuntukkan, habis dijual.

Menurut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam laman Facebook rasminya, sebanyak  40,000 tiket yang dijual secara fizikal di tiga lokasi di sekitar Lembah Klang hari ini habis dibeli dalam masa singkat.

Tiga lokasi itu ialah di kaunter tiket pintu A dan E Stadium Nasional Bukit Jalil, Arenal Futsal FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya (hanya bagi yang memiliki keratan tiket separuh akhir kedua di Bangkok) dan 1,000 keping di Al-Ikhsan Sports Cawangan IOI City Mall, Putrajaya.

Untuk rekod, sebanyak 40,000 tiket yang dijual dalam talian pada Jumaat dan semalam juga habis dibeli dalam masa singkat.

Malaysia mencatat keputusan agregat seri 2-2 menentang Thailand pada aksi separuh akhir namun mara ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Vietnam pula menempah tiket ke final setelah mencatat kemenangan agregat 4-2 ke atas Filipina pada satu lagi aksi separuh akhir kejohanan yang menggunakan format timbal balik itu. – Bernama

Sumber : Mstar

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.