fbpx
Now Reading
Delegasi Jururawat Bakal Saman Fitnah Linda Rafar

Delegasi Jururawat Bakal Saman Fitnah Linda Rafar

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru baru ini telah viral satu cerita di mana Linda Rafar mendakwa jururawat di sebuah hospital tidak menjalan tugas dengan baik selain menafikan permintaan beliau untuk menukar cadar katil ibunya.

Kesatuan kerja untuk para jururawat, Delegasi Jururawat Malaysia mengeluarkan satu kenyataan hari ini di mana mereka dalam proses mengumpul dana untuk memulakan proses undang undang terhadap Linda Rafar.

“Berikutan dari kes viral yang disebarkan oleh seorang artis tempatan terhadap jururawat, terdapat jururawat yang kami dapati telah difitnah oleh artis tersebut tanpa sebarang bukti kukuh. Kami telahpun berhubung dengan mangsa fitnah dan bersetuju untuk membantu beliau membersihkan namanya”

“Jururawat terbabit juga sudah membuat laporan polis dan segala bukti telah di simpan. Artis berkenaan telah menuduh jururawat tersebut mengugut beliau dan memuat naik gambar tertuduh (Jururawat) di akaun Instagramnya sedangkan tiada ugutan dibuat. Mangsa (jururawat) telah menerima kecaman dan ugutan selepas di viralkan tanpa bukti oleh artis berkenaan”

“Maka kami, Delegasi Jururawat Malaysia (DON) mewakili mangsa yang diviralkan dan difitnah oleh artis tersebut ingin memulakan kutipan dana bagi tujuan kos tuntutan undang-undang supaya insiden fitnah seperti ini tidak berlaku lagi di masa hadapan”

“Pihak peguam kami telah bersetuju untuk membuka fail saman terhadap individu tersebut bagi pihak si mangsa fitnah,” tulis wakil kesatuan itu di Facebook mereka meminta orang ramai untuk menyumbang.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.