fbpx
Now Reading
Sebab Rokok, Sampai Kene Tampar!

Sebab Rokok, Sampai Kene Tampar!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pekerja restoran di Seksyen 25, Shah Alam, ditampar di pipi kiri selepas menegur tiga pelanggan yang merokok di dalam premis itu.

Kejadian 12.30 tengah hari itu berlaku pada hari pertama penguatkuasaan larangan merokok di restoran dan premis makanan, 1 Januari lalu.

Bagaimanapun, mangsa yang berusia 25 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan berikutan tamparan itu tidak kuat.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata, ketika kejadian, tiga lelaki berusia 30-an merokok di premis berkenaan.

“Mangsa yang terlihat kejadian itu kemudian menegur mereka secara baik, namun seorang daripada mereka bertindak menampar pekerja restoran itu.

“Ketiga-tiga pelanggan itu terus beredar dari restoran selepas membuat bayaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, ketika kejadian, terdapat dua lagi pekerja restoran dan lima pelanggan lain.

“Menurut seorang pekerja restoran itu, ketiga-tiga suspek jarang dilihat datang ke restoran berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, susulan kejadian, pemilik restoran membuat laporan polis.

Sehubungan itu, polis meminta ketiga-tiga suspek untuk tampil secara sukarela bagi memberi keterangan di balai polis berdekatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.

Difahamkan, restoran itu turut dilengkapi sistem kamera litar tertutup (CCTV).

Sumber : Harian Metro

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.