fbpx
Now Reading
Rakan Pengantin Bergurau Melampau Sehingga Retak Tengkorak

Rakan Pengantin Bergurau Melampau Sehingga Retak Tengkorak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

 Seorang pengantin lelaki yang cedera termasuk retak tengkorak akibat gurauan melampau pada hari perkahwinannya nekad menyaman rakannya yang terbabit dalam acara berkenaan selepas dia sendiri dikemukakan tuntutan mahkamah berjumlah 30,000 yuan (RM18,080) berhubung kejadian itu.

Ai Guangtao, 24, berlari ke jalan raya berhampiran rumahnya di Zunyi, selatan wilayah Guzhou, China kerana tidak tahan diseksa rakannya yang melakukan gurauan melampau sebagai sebahagian acara perkahwinannya pada pagi majlis berkenaan, November lalu.

Dia sebelum itu dibaling telur selain dicurah bir dan dakwat, selain diikat pada tiang elektrik menggunakan pita plastik serta dipukul dengan buluh kononnya bagi mengikut tema karnival.

Ai kemudian melarikan diri ke jalan raya untuk menyelamatkan diri dan dilanggar kereta yang seterusnya melanggar penghadang jalan.

Susulan itu, syarikat insurans pemilik kereta terbabit memfailkan tuntutan berjumlah 30,000 yuan sebagai ganti rugi kerosakan terhadap kenderaan berkenaan selepas siasatan polis memutuskan kemalangan berpunca daripada tindakannya lari ke jalan.

“Saya terlalu marah kerana diseksa pada hari perkahwinan. Mereka mengejar dalam keadaan pemandangan saya kurang jelas kerana seluruh badan dilumuri dakwat.

“Saya berlari ke jalan raya selepas seorang daripada mereka masih mengejar saya. Kini syarikat insurans menyaman saya, jadi saya perlu menyaman rakan pula,” katanya.

Sebelum itu, rakan-rakan lelaki itu mengaku menyebabkan kejadian berkenaan dan menyumbang lebih 6,000 yuan (RM3,616) untuk menampung kos perubatannya.

Sumber : Harian Metro

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.