fbpx
Now Reading
Selepas 10 Minit, Ibu Baru Sedar Anak Ada Di Bumbung Kereta

Selepas 10 Minit, Ibu Baru Sedar Anak Ada Di Bumbung Kereta

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang kanak-kanak lelaki empat tahun mencetuskan panik orang ramai apabila dilihat berada di atas bumbung sebuah kereta bergerak selama 10 minit.

Difahamkan ibu budak tersebut yang dalam keadaan hanya berseluar dalam tidak menyedari anaknya berada di atas bumbung kereta dipandunya.

Pengguna jalan raya di Perth, Australia cuba mengalih perhatian ibu mangsa mengenai perkara itu.

Seorang saksi berkata dia kecut perut melihat kanak-kanak itu yang berpaut erat pada besi di atas bumbung kereta dipandu ibunya.

“Kanak-kanak itu kelihatan ok dan dia dilihat begitu terhibur,” kata saksi kepada Nine News.

Polis kini sedang menyiasat rakaman video adegan kanak-kanak itu yang tular di media sosial.

Difahamkan ibu mangsa memberhentikan keretanya selepas menyedari anaknya di atas bumbung kereta.

“Polis mendapati ada tiga kanak-kanak di dalam kereta, dua duduk di kerusi kereta kanak-kanak.

“Namun seorang lagi kanak-kanak berusia empat tahun didakwa gagal dikawal,” kata jurucakap Polis Canning Vale. – Mirror.co.uk

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.