fbpx

Selepas isu ulat, ketua AirAsia sindir MAHB kes sarang lebah di KLIA2

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tan Sri Tony Fernandes menyindir pengendali lapangan terbang berhubung sarang lebah di luar tingkap Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di Sepang.

Ketua pegawai eksekutif AirAsia berkongsi gambar tersebut di media sosial dengan bertanya sama ada ia “pendapatan baru” bagi menampung Malaysian Airports Holdings Berhad (MAHB).

“[Dulu] kita ada ulat, tikus dan sekarang lebah. Mungkin [ini] zoo atau madu KLIA2. Boleh jadi pendapatan baharu yang dapat mengurangkan cukai lapangan terbang,” coretnya di Twitter.

“Ketepikan jenaka, [sarang] ini berbahaya bagi penumpang dan kakitangan saya. Adakah ketua pegawai eksekutif [MAHB] baru yang tidak suka berkomunikasi menyelesaikannya?

Fernandes menujukan soalan itu kepada Raja Azmi Raja Nazuddin.

Sebelum ini ketua komunikasi AirAsia Mohd Aziz Laikar Ali menyiarkan video tong sampah yang dipenuhi ulat di terminal yang sama pada 24 Disember lepas.

Satu lagi video turut tersebar yang menunjukkan kehadiran tikus di kawasan penumpang lapangan terbang pada 31 Disember.

Sementara itu, MAHB memaklumkan pihaknya sedar kewujudan sarang lebah di terminal itu tetapi akan menurunkannya jika diperlukan kerana ia akan lari apabila hujan atau angin kencang.

“Kami memantau situasi seperti itu dan jika ia tidak beredar menjelang malam, kami akan memanggil pembasmi makhluk perosak untuk menghalau lebah itu,” katanya dalam satu kenyataan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.