fbpx
Now Reading
Tak Nak Jaga Kucing Sakit, Lelaki Ini Ambil Keputusan Pos Ke Tempat Lain

Tak Nak Jaga Kucing Sakit, Lelaki Ini Ambil Keputusan Pos Ke Tempat Lain

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki di Taiwan didapati bersalah dan didenda atas kesalahan mengepos kucingnya yang sakit berikutan dia enggan menjaganya lagi.

Pesalah yang dikenali Yang dilaporkan tidak mahu menjaga kucing kesayangannya lagi kerana haiwan tersebut sakit tidak dapat berjalan selepas cedera dikaki dan tidak sembuh walaupun telah di berikan rawatan akupuntur serta ubat tradisional olehnya.

Oleh itu, Yang mahu menghantar kucing baka Scottish Fold ke sebuah tempat perlindungan untuk dijaga tetapi tidak berjaya selepas salah seorang pekerja di syarikat penghantaran itu terkejut melihat bungkusan yang sampai dan segera melaporkannya kepada pihak berkuasa.

The cat receiving a health check

Menurut laporan berita tempatan, Yang di denda sebanyak 1,500 paun (RM7,882) atas kesalahan penganiayaan terhadap haiwan yang boleh menyebabkan kematian.

Dia juga dikenakan denda 750 paun (RM3,942) selepas didapati gagal memberikan suntikan vaksin penyakit rabies terhadap kucing tersebut.

Kucing tersebut diletakkan dibawah jagaan Jabatan Perlindungan Haiwan Taipei dan dilaporkan berada dalam keadaan baik sebelum dihantar ke pusat jagaan yang baru.

Sumber: BBC

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.