fbpx
Now Reading
Terpaksa Tolak dan Tanam Sendiri Jenazah Ibu Sejauh 5km Kerana Perbezaaan Kasta

Terpaksa Tolak dan Tanam Sendiri Jenazah Ibu Sejauh 5km Kerana Perbezaaan Kasta

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang remaja lelaki, 17 tahun terpaksa membawa mayat ibunya di atas basikal apabila jiran sekeliling tidak mahu membantu kerana berada pada kasta yang rendah.

Gambar remaja ini tersebar ketika dia sedang berjalan kaki menolak jenazah ibunya dengan berkaki ayam sejauh 5km.

Dia lantas membawa ibunya ke sebuah hutan dan menggali kubur serta menanamnya sendirian.

Ibunya, 45 tahun dikatakan meninggal dunia selepas terjatuh ketika mengambil air.  Walau bagaimanapun, dia cuba mendapatkan bantuan jiran berhampiran, namun tiada siapa yang sudi membantu.

Seorang lelaki cuba bertanya kepadanya, apa yang dibawa.

Dia menjawab, “Ini ibu saya.”

Sistem kasta di India ditubuhkan sejak lebih 3,000 tahun lalu.  Walaupun perlembagaan India telah mengharamkan diskriminasi tersebut, masih banyak penduduk kampung terpencil menggunakannya.

Sumber: Mirror UK

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.