fbpx
Now Reading
Tunku Tun Aminah Kecewa Ada Pihak Sebar Berita Palsu Tentang Perkahwinannya

Tunku Tun Aminah Kecewa Ada Pihak Sebar Berita Palsu Tentang Perkahwinannya

Khabar angin mengenai perkahwinan Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dan suaminya, Dennis Muhammad Abdullah yang tersebar dalam media sosial ketika ini adalah tidak benar dan berniat jahat.

Keluarga Diraja Johor berasa kecewa dengan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan khabar angin berkenaan kehidupan peribadi mereka.

Dalam satu kenyataan kepada Royal Press Office (RPO), Tunku Aminah menyuarakan rasa tidak senang terhadap khabar angin yang disebarkan di media sosial mengenai perkahwinannya serta ‘urusan perniagaan’ yang didakwa dengan produk penjagaan kulit dan pelangsingan.

“Suami saya dan saya gembira, bertentangan dengan apa yang dikatakan khabar angin tersebut.

“Saya juga tidak terlibat dengan mana-mana produk seperti yang ditulis oleh orang-orang tidak bertanggungjawab ini yang menggunakan nama saya untuk mendapat perhatian,” katanya.

Aduan yang dibuat dengan Facebook itu juga tidak mendapat tindakan serta-merta.

See Also

Keluarga Diraja Johor berharap tindakan segera akan diambil oleh Facebook itu untuk memadamkan kandungannya yang berniat jahat, selaras dengan ikrar syarikat itu untuk memastikan berita palsu ditangani dengan tegas.

Sumber : The Royal Johor

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.