fbpx
Now Reading
Metana Punca Pelajar di Pasir Gudang Pengsan dan Muntah

Metana Punca Pelajar di Pasir Gudang Pengsan dan Muntah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

“Kami memang panik kerana bau sangat kuat, tiba-tiba ada yang muntah dan lebih teruk ada yang pengsan,” kata seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pasir Putih, Muhammad, 14.

Menurutnya, pada masa sama beberapa rakannya juga mengadu loya.

“Keadaan memang cemas kerana pelajar yang pengsan dibawa ke padang,” katanya yang ditemui di luar kawasan sekolah berkenaan, semalam.

Muhammad berkata, melihat kejadian itu ramai pelajar yang keluar dari kelas dan menjauhi kawasan sekolah

 Katanya, rakan yang pengsan diberi bantuan oleh anggota perubatan Angkatan Pertahanan Awam (APM) sebelum dibawa ke hospital.

“Saya bersyukur kerana tidak mengalami sebarang masalah walaupun terhidu bau berkenaan,” katanya kepada Harian Metro.

PASUKAN perubatan mengusung pelajar yang terhidu bahan kimia untuk dihantar ke hospital berdekatan.

Sementara itu, seorang penduduk di Taman Kota Masai yang terletak berhampiran Sungai Kim Kim, Sahlina Hashim, 42, berkata, dia terhidu bau busuk sekitar jam 3 pagi.

“Ketika itu, saya berasa tidak sedap hati kerana bimbang bau kuat seperti bau gam tikus berkenaan boleh memudaratkan kesihatan,” katanya.

Menurutnya, jangkaannya tepat apabila adiknya, Sahaliza, 36, yang tinggal berhampiran mengubunginya pagi semalam memberitahu berasa tidak sedap badan.

“Namun dia menghubungi saya semula jam 12 tengah hari dan memaklumkan sesak nafas.

“Sebaik tiba di rumahnya, saya terkejut melihat dia rebah dan terus pitam,” katanya yang membawa adiknya itu menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Sultan Ismail (HSI).

Sahlina berkata, dia bersyukur kerana anak-anaknya yang belajar di sekolah tidak mengalami sebarang komplikasi.

“Sebagai penduduk kami berharap kejadian ini diberi perhatian serius,” katanya.

Sumber : Harian Metro

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.