fbpx
Now Reading
Keadaan Masih Terkawal, Tidak Perlu Isytihar Darurat – Menteri Besar Johor

Keadaan Masih Terkawal, Tidak Perlu Isytihar Darurat – Menteri Besar Johor

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerajaan Johor mengesahkan situasi pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang dak sehingga perlu diisyharkan sebagai darurat kerana masih dalam keadaan terkawal.

Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata, pengesahan itu berdasarkan laporan‐laporan daripada jabatan berkaitan berhubung kejadian tersebut.

“Sebenarnya benda ini dak ada menjejaskan begitu teruk kalau kita lihat pada hari ini. Cuma beberapa tempat. Ini pun bukan sepanjang masa, mengikut keadaan. Kadang‐Kadang semasa panas itu, mungkin haba itu naik.

“Kita lihat dalam seap laporan‐laporan jabatan‐jabatan ini, ini bukan satu perkara yang kita boleh anggap sehingga ada macam kita kena ‘declare’ darurat dan sebagainya, dak. Jauh daripada itu, dalam keadaan yang terkawal,” katanya pada sidang media di Menara Aqabah, MPPG di sini sebentar tadi.

Osman berkata, mengikut bancian yang dibuat oleh pejabat pendidikan terdapat 42 sekolah di kawasan tersebut, namun bukan semua murid sekolah terjejas kerana pencemaran itu.

“Kita hendak cuba supaya benda ini dak merebak kepada murid lain, kita tutup sementara. Itu pun sementara. Saya rasa dalam empat lima hari selepas kita ambil ndakan ini akan pulih.

“Kita akan menilai dari masa ke semasa. Kita akan bagi laporan mengikut kepada laporan‐ laporan jabatan‐jabatan tertentu, pakar‐pakar tertentu pukul 9 pagi dan juga 6 petang, kita akan melaporkan,” katanya.

Ditanya sama ada penduduk yang nggal kawasan berhampiran perlu dipindahkan, beliau berkata, kawasan perumahan dimaksudkan dak terjejas, sebaliknya hanya sekolah‐sekolah.

“Kerana sekolah ini dia terdedah. Rumah ini dia tutup pintu dan sebagainya. Dan mereka yang duduk di rumah ini, biasanya dia dak keluar sewaktu siang hari dan sebagainya. Dan sebahagian daripadanya kerja.

“Kalau ikutkan kita punya bancian, perumahan ini dia dak begitu terjejas. Hanya yang terjejas sikit adalah sekolah,” katanya. Menurutnya, evakuasi penduduk dak akan dibuat sementara waktu ini.

Sumber : Sinar Harian

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.