fbpx
Now Reading
Pencemaran Bahan Kimia di Pasir Gudang : Sultan Johor Berkenan Sumbang RM1 Juta

Pencemaran Bahan Kimia di Pasir Gudang : Sultan Johor Berkenan Sumbang RM1 Juta

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi memperhebatkan lagi operasi menyelamat, merawat serta mencegah pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan berjumlah RM1 juta.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook baginda hari ini, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bertitah, sumbangan itu bagi membolehkan agensi penyelamat serta pihak berkuasa terbabit dalam operasi itu melengkapkan pasukan masing-masing dengan kemudahan yang diperlukan.

“Tuanku Sultan ada membincangkan perkara ini dengan saya sebagai Penasihat DiRaja Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan baginda juga amat tersentuh apabila mendengar sebuah klip rakaman di mana seorang lelaki menangis sambil meminta bantuan menyelamatkan anaknya.

“Tuanku Sultan turut berpendapat dengan kurniaan sumbangan peribadi baginda, ia dapat membantu pihak berkuasa serta agensi penyelamat seperti Bomba dan PDRM memperlengkapkan pasukan mereka demi membantu rakyat,” titah Raja Zarith Sofiah kepada Royal Press Office, pada Khamis.

Terdahulu, Sultan Johor murka dan kesal terhadap mereka yang terbabit dalam kes pembuangan bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim sehingga memudaratkan kesihatan murid, pelajar sekolah serta orang awam sekitar kawasan itu.

Baginda mahu pihak berkuasa melakukan siasatan menyeluruh terhadap insiden itu serta mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang melakukan perbuatan berkenaan.

Setakat Rabu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad memaklumkan seramai 506 mangsa telah menerima rawatan, di mana daripada jumlah tersebut seramai 166 mangsa menerima rawatan di wad dan sembilan menerima rawatan di unit rawata rapi (ICU).

Sumber : Awani.com

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.