fbpx
Now Reading
Pengganas Insiden Christchurch Berjaya Ditangkap, Buat Isyarat Tangan ‘OK’ di Mahkamah

Pengganas Insiden Christchurch Berjaya Ditangkap, Buat Isyarat Tangan ‘OK’ di Mahkamah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengganas insiden Christchurch yang berjaya ditangkap dihadapkan di mahkamah selepas menyerang dua buah masjid sehingga menyebabkan 49 orang mangsa meninggal dunia.

Dia dituduh atas dakwaan mengorbankan dan mencederakan lebih 50 mangsa ketika mereka ingin menghadiri solat Jumaat.

Serangan tersebut dirakaman dan dipaparkan secara langsung melalui platform media sosial miliknya.

Gambar dari EPA

Kehadirannya di mahkamah dilihat membuat isyarat ‘OK’ menggunakan tangan kanannya.  Isyarat itu dikatakan sebagai simbol perkauman kuasa putih.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Jacinda Ardern berkata, tiga orang termasuk dirinya, telah ditangkap berikutan serangan itu.

Penyerang keempat ditahan kerana memiliki senjata api dibebaskan kerana berniat untuk membantu pihak polis.

Polis mendesak semua masjid di seluruh New Zealand ditutup pada hujung minggu untuk tujuan keselamatan.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Polis New Zealand Mike Bush berkata serangan itu adalah ‘peristiwa yang sangat terancang’.

Sumber: Metro UK

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.