fbpx
Now Reading
Suami Kepada Mangsa Tragedi Christchurch Sedia Maafkan Pembunuh

Suami Kepada Mangsa Tragedi Christchurch Sedia Maafkan Pembunuh

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Suami kepada wanita berusia 44 tahun yang mati ditembak dalam serangan di dua masjid di Christchurch, New Zealand berkata dia tidak menyimpan dendam terhadap pengganas itu malah memaafkan lelaki terbabit.

“Saya akan memberitahunya, ‘saya menyayanginya sebagai seorang insan’,” kata Farid Ahmad kepada AFP.

Ketika ditanya sama ada dia memaafkan lelaki berusia 28 itu, Farid berkata: “Sudah tentu”.

“Perkara terbaik adalah kemaafan, kemuliaan, kasih sayang dan ambil berat serta positif,” katanya.

Isterinya, Husna Ahmed adalah antara 50 mangsa yang mati dalam serangan itu selepas berlari masuk semula ke masjid untuk menyelamatkannya.

Ketika tembakan dilepaskan, wanita itu turut membantu menyelamatkan beberapa orang mangsa yang berada di ruang solat wanita serta kanak-kanak.

“Dia menjerit ‘ikut sini, cepat!’ dan menyelamatkan wanita dan kanak-kanak seramai mana yang mungkin untuk dibawa berlindung di taman.

“Dia kemudian datang semula kepada saya yang berkerusi roda. Dia ditembak ketika menghampiri pintu pagar. Dia terlalu sibuk menyelamatkan orang lain hingga lupa akan keselamatan diri,” kata Farid.

Katanya, dia tidak melihat isterinya meninggalkan masjid dan hanya mengetahui berita kematian itu selepas melihat gambar mayatnya.

“Ada orang menunjukkan gambarnya selepas ia tersebar di media sosial dan saya mengenal pasti mayatnya,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.