fbpx
Now Reading
Sunga Kim Kim Akan Berubah Menjadi ‘Floating Market’?

Sunga Kim Kim Akan Berubah Menjadi ‘Floating Market’?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bila sebut je pasal Sungai Kim Kim, kita mesti terbayang kes pencemaran akibat pembuangan sisa kimia yang berlaku bulan lepas kan.

Memang tak dinafikan insiden yang menjejaskan kesihatan lebih 5,000 penduduk termasuk penutupan 111 sekolah di Pasir Gudang itu memberi kesan yang mendalam buat seluruh warga Malaysia.

Tapi, apa kata kita lupakan kejap tentang insiden itu sebab Sungai Kim Kim akan berubah wajah!

Ya, sungai itu bakal dibangunkan sebagai pusat perniagaan atas air pertama di negara ini.

Foto: Sungai Kim Kim

Ala-ala ‘floating market’ yang famous dekat Thailand dan Vietnam tuu..

Foto: Floating Market
Foto: Floating Market

Tapi, kata ADUN Permas Jaya, sebelum sebarang pembinaan dilakukan, kerja pembersihan akan dijalankan selama 3 bulan supaya Sungai Kim Kim bersih sepenuhnya.

Foto: ADUN Permas Jaya

Cadangan itu juga katanya sudah dipersetujui oleh Menteri Besar Johor dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Kalau difikirkan balik, macam ada hikmah di sebalik kes pencemaran sisa kimia di sungai itu sebelum ini.

Mana taknya, perubahan itu bukan saja dapat bantu masyarakat setempat menjalankan perniagaan malah menjadikan Sungai Kim Kim sebagai tarikan pelancongan ke Johor.

Jadi, lepas ni dah tak payah nak terbang jauh-jauh ke Thailand dan Vietnam sebab kita dah ada ‘floating market’ sendiri!

Oleh: Izzati Amir

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.