fbpx
Now Reading
Gaji Lebih Tinggi Untuk Anggota Tentera Akan Dipertimbangkan

Gaji Lebih Tinggi Untuk Anggota Tentera Akan Dipertimbangkan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kementerian Pertahanan berharap kerajaan mengkaji semula skim tangga gaji anggota tentera bagi menarik minat lebih ramai bukan Melayu menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menterinya, Mohamad Sabu, berkata ketika ini masyarakat India antara yang tertinggi menunjukkan minat untuk menyertai tentera.

“Negara kita tiada kerahan tenaga seperti negara lain dan khidmat dalam pasukan keselamatan ini adalah khidmat pilihan, dan mungkin masalah tangga gaji kecil sebab itu bukan Melayu terutama Cina kurang minat menyertai tentera.

“Oleh itu, kerajaan perlu fikir tangga gaji yang lebih sesuai kepada anggota keselamatan,” katanya kepada pemberita

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja, berkata penganjuran pameran kerjaya dan promosi ATM kali ini mendapat sambutan terutama terhadap Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Kita harap dengan kempen yang diadakan sekarang semua kaum akan memilih kerjaya tentera sebagai kerjaya pada masa hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, Kementerian Kewangan sudah meluluskan peruntukan untuk diagihkan kepada Veteran ATM berjumlah RM79 juta menerusi Bantuan Harapan Negara.

Katanya, bantuan sempena sambutan Aidilfitri tahun ini akan diberikan kepada veteran berpencen dan bekas tentera tidak berpencen dalam kelompok B40 serta pendapatan keluarga kurang RM3,000 sebulan.

“Lebih 160,000 veteran dan bekas tentera tidak berpencen akan menerima manfaat Bantuan Harapan Negara tahun ini,” katanya.

Sumber : BH Online

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.