fbpx
Now Reading
Letupan di Rapid Pengerang, Dua Warga Tempatan Cedera

Letupan di Rapid Pengerang, Dua Warga Tempatan Cedera

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dua warga tempatan mengalami kecederaan dalam insiden letupan dan kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata kedua-dua mangsa berkenaan ketika ini dirawat di Pusat Kecemasan Perubatan Rapid Pengerang sebagai pesakit luar.

Petronas mengesahkan berlaku letupan dan kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang kira-kira jam 1.25 pagi, pada Jumaat.

“Pihak kami menerima laporan pada 1.20 pagi berhubung insiden kebakaran kecil berlaku di salah satu lot tapak projek.

 “Pasukan Emergency Respon Team (ERT) Petronas Rapid Pengerang telah diaktifkan ke lokasi kejadian melibatkan lima kenderaan Bomba dengan kekuatan 30 anggota dan api dapat dipadamkan sepenuhnya pada 2.15 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Mengulas lanjut, Ahsmon berkata siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian akan dilakukan bersama Jawatankuasa Keselamatan Dan Sosial (JAKSAS) Negeri Johor, Jawatankuasa Bencana Peringkat Daerah dan pihak Pengurusan keselamatan Petronas Rapid Pengerang.

Sumber : Awani.com

 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.