fbpx
Now Reading
PUBG di Nepal Disekat

PUBG di Nepal Disekat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nepal mengharamkan permainan dalam talian popular PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) kerana bimbang kesan terhadap kanak-kanak.

Pihak berkuasa telekomunikasi Nepal mengeluarkan pekeliling kepada semua penyelia perkhidmatan internet, semalam untuk menyekat PUBG susulan arahan daripada mahkamah Kathmandu.

“Kami memohon perintah daripada mahkamah untuk mengharamkan permainan itu selepas menerima aduan daripada ibu bapa, penjaga dan pihak sekolah.

“Permainan itu dikatakan memberi kesan fizikal kepada remaja dan pelajar,” kata pegawai kanan polis, Dhiraj Pratap Singh kepada AFP.

Permainan ciptaan firma Korea Selatan, Bluehole Inc sudah dimuat turun lebih 100 juta kali di seluruh dunia sejak dilancarkan pada 2017.

Sumber : Harian Metro

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.