fbpx
Now Reading
Kantoi Guna Runner Beli Makanan Bungkus

Kantoi Guna Runner Beli Makanan Bungkus

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menggunakan khidmat ‘runner’ (orang tengah) untuk menempah makanan. Itulah taktik digunakan kaki ponteng puasa bagi mengelakkan perbuatan mereka dihidu umat Islam lain dan penguat kuasa.

Taktik itu dikesan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam Operasi Khas Ramadan, dijalankan, hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIM Datuk Rahimin Bani berkata, taktik itu dikesan pihaknya apabila terserempak dengan lelaki berusia 20-an di satu lokasi pemeriksaan.

“Pada awalnya kami terserempak lelaki menunggang motosikal itu di sebuah medan selera, namun ketika pemeriksaan di lokasi kaki ponteng berkumpul dia juga ada di situ.

“Berikutan itu kami tidak menolak kemungkinan lelaki berkenaan bertindak sebagai runner,” katanya selepas tamat operasi.

Rahimin berkata, dalam operasi dijalankan selama lebih lima jam bermula 9 pagi, sebanyak 25 lokasi menjadi tumpuan kaki ponteng puasa sepanjang Ramadan, sekitar Daerah Melaka Tengah diperiksa.

“Hasilnya lima saman hadir dikeluarkan JAIM kepada kaki ponteng puasa dan peniaga berusia antara 35 hingga 57 tahun.

“Ketika pemeriksaan dilakukan seorang peniaga didapati menjual makanan kepada pelanggan beragama Islam, manakala dua individu didapati merokok dan dua lagi lelaki didapati membeli makanan,” katanya.

Beliau berkata, mereka yang dikeluarkan saman hadir ini akan disiasat mengikut Seksyen 49 Enakmen Kesalahan Syariah Melaka kerana tidak menghormati bulan Ramadan.

“Selain pemeriksaan sebanyak 25 poster Penghayatan Ramadan turut ditampal di premis yang dilawati,” katanya.

Sumber : Harian Metro

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.