fbpx
Now Reading
Lelaki Lepaskan Tembakan Dalam Masjid di London Ketika Solat Terawih

Lelaki Lepaskan Tembakan Dalam Masjid di London Ketika Solat Terawih

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebuah masjid di London dikawal ketat selepas seorang lelaki menceroboh masuk ketika solat tarawih dan melepaskan satu tembakan.

Susulan kejadian di Masjid Seven Kings itu, Polis London mengerahkan kesemua anggotanya bersiap sedia mengawal ketat masjid tersebut yang terletak di High Road, Ilford sepanjang malam.

Tiada kecederaan dilaporkan.

 Menurut laporan media tempatan, suspek memasuki masjid membawa senjata api tetapi berjaya dihalau oleh jemaah yang berada di dalam masjid berkenaan.

Ketika diiring keluar, suspek telah melepaskan satu tembakan.

Pemeriksaan forensik terhadap kelongsong mendapati pistol yang digunakan suspek hanya mampu menembak peluru kosong.

Sumber : Awani.com

 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.