fbpx
Now Reading
Chef Selebriti, Adamdidam Meninggal Dunia

Chef Selebriti, Adamdidam Meninggal Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.instagram.com/p/BxnpLcGhYwj/"][video src="https://www.instagram.com/p/Bxn9YVuhCVY/"]

Chef selebriti, Chef Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali sebagai Adamdidam pergi menghadap Ilahi akibat jangkitan paru-paru pada pagi Ahad.

Berita sedih itu dikongsikan oleh sepupu Allahyarham, Natasha Amran menerusi laman Instagram miliknya beberapa jam tadi.

“Sepupu saya, Adam baru sahaja meninggal dunia pagi ini. Allahuakbar. Al-Fatihah untuk Adam. Semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin,” tulisnya.

Adam yang berusia 29 tahun itu meninggal dunia di Kota Bharu, Kelantan dan solat jenazah akan diadakan di Masjid Telipot sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lemal, Pasir Mas selepas solat Zohor.

Terdahulu, Allahyarham mula dikenali setelah menyertai rancangan Hero Oven musim kedua di TV3, selain banyak berkongsi tutorial masakan di laman Instagram.

Allahyarham juga merupakan bapa saudara kepada Fatimah Omar Mukhlis, kanak-kanak perempuan yang pernah menjadi tular gara-gara fasih berdialek Kelantan.

Sumber : Natasha Amran

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.