Now Reading
Sultan Ahmad Shah Mangkat

Sultan Ahmad Shah Mangkat

Ayahanda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar kembali ke rahmatullah pada pagi Rabu.

Almarhum mangkat pada usia 89 tahun, kira-kira pukul 8.50 pagi Rabu, bersamaan 17 Ramadan di hari Nuzul al-Quran.

Memetik laporan Utusan Online, Sultan Ahmad Shah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Kerajaan negeri dijangka membuat pengumuman rasmi mengenainya dalam masa terdekat.

Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah yang juga Sultan Pahang kelima, menyerahkan takhta kepada anakanda baginda, Tengku Abdullah, selepas memerintah negeri ini hampir 45 tahun.

Pemasyhuran Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang pada 15 Januari lalu.

Cadangan melantik Tengku Abdullah dibuat ekoran keadaan Sultan Ahmad Shah yang kini berada dalam keadaan gering dan dikemukakan pada mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Pahang yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam setelah perbincangan diadakan di kalangan kaum keluarga dan dipersetujui sebulat suara.

See Also

Sultan Ahmad Shah, dilantik menjadi Sultan Pahang kelima pada 7 Mei 1974 berikutan kemangkatan ayahanda baginda Almarhum Sultan Abu Bakar dan istiadat pertabalan berlangsung di Balairong Seri, Istana Abu Bakar, Pekan pada 8 Mei 1975.

Diputerakan di Istana Mangga Tunggal di Pekan pada 24 Oktober 1930, Sultan Ahmad Shah merupakan anakanda ketiga dan putera tunggal kepada Almarhum Sultan Abu Bakar dengan Almarhum Raja Ampuan Fatimah Sultan Iskandar Shah.

Baginda dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang pada 1944, ketika berusia 14 tahun.

 

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.