fbpx
Now Reading
Jepun Hasilkan Tenaga Menggunakan Sampah

Jepun Hasilkan Tenaga Menggunakan Sampah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, negara kita juga telah menghantar semula sisa sampah yang telah dibawa masuk ke negara ini secara haram ke negara asal mereka semula. Kemudian, Filipina juga bertindak memulangkan semula sampah yang dihantar ke negara itu ke negara asalnya.

Boleh dikatakan setiap tahun, beberapa negara Asia dijadikan gedung pembuangan sampah antarabangsa. Ini menunjukkan kebangkitan negara Asia bersuara dan mengambil tindakan untuk mempertahankan hak dan tidak diperlakukan sedemikian rupa.

Akan tetapi, negara Jepun pula telah lama memproses sampah menjadi sumber tenaga mereka. Jepun telah menghasilkan tenaga dengan menggunakan sampah dari tahun 1960.

Menurut laporan Nikkei Asian Review, Menteri Alam Sekitar Jepun mengatakan bahawa Jepun akan tampil membantu negara jiran seperti Vietnam, Indonesia dan Filipina untuk menghapuskan sampah dalam negara mereka dan menyediakan dana sebanyak $18.49 milion untuk perkara tersebut.

Jepun sangat mahir dalam teknologi dari bahan buangan kepada tenaga dan kini mempunyai hampir 380 pusat operasi. Akan tetapi, kos untuk teknologi ini agak mahal untuk diperluaskan di negara lain dan jika ada pihak melabur untuk kajian lebih lanjut, pastinya akan mempertingkatkan eksport teknologi ini di 10 negara lain menjelang 2023.

Sumber: The Vocket


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.