fbpx
Now Reading
Whatsapp Status Boleh Dikongsi Terus Ke FB, IG Tidak Lama Lagi

Whatsapp Status Boleh Dikongsi Terus Ke FB, IG Tidak Lama Lagi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Platform mesej popular WhatsApp bakal memperkenalkan ciri terbaharu yang akan membolehkan pengguna berkongsi status yang dibuat di aplikasi itu ke Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya.

The Verge melaporkan WhatsApp kini sedang melalui tempoh percubaan ciri terbaharu itu dan berkemungkinan pengguna boleh menggunakannya tidak lama lagi.

WhatsApp Status telah diperkenalkan pada 2017, dan ia mempunyai peranan sama seperti Facebook Story serta Insta Stories dimana pengguna memuat naik gambar, video dan catatan yang akan berkekalan untuk tempoh 24 jam sahaja.

Kini, aplikasi itu mempunyai 500 juta pengguna setiap hari dan dilaporkan bakal menjadi ciri pertama dalam sesuatu aplikasi yang akan mempunyai iklan tahun hadapan.

Bagaimanapun, WhatsApp menegaskan ciri terbaharu itu tidak akan menghubungkan akaun pengguna dengan semua media sosial yang lain secara automatik.

Sebaliknya pengenalan ciri terbaharu itu sebagai memaksimumkan perkongsian data iOS dan Android APIs yang digunakan oleh semua aplikasi lain.

WhatsApp memaklumkan, mereka mahu pengguna yang membuat keputusan sama ada berkongsi status tertentu di platform sosial media lain atau pun tidak.

Sumber: mStar

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.